Anugerah Seniman Kurshiah (Individu: Lelaki)
Anugerah Seniwati Kurshiah (Individu: Perempuan)
Penerima mestilah terlibat aktif dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan. Penerima mestilah telah menaikkan nama kolej kediaman dalam bidang ini serta memperoleh kejayaan dalam acara kesenian yang pernah disertai di peringkat kolej/universiti/ kebangsaan/antarabangsa.
Anugerah Akademik Kurshiah
Dianugerahkan kepada pelajar yang memperoleh GPA 3.80 dan ke atas sekurang-kurangnya 2 semester berturut.
Anugerah Kegiatan Terbaik Kurshiah
Kegiatan mestilah memberikan impak positif dalam diri peserta dari segi pemikiran kreatif dan kritis, kemahiran komunikasi, kemahiran organisasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan pengurusan kewangan yang bijak. Kegiatan juga dinilai memberikan sumbangan kepada masyarakat serta menyumbang kepada kolej kediaman dan universiti. Hanya satu kegiatan daripada semua kegiatan yang dijalankan sepanjang sesi ini akan terpilih untuk menerima anugerah ini. Kegiatan yang menerima anugerah ini mestilah mendapat kelulusan dari Hal Ehwal Pelajar dan Alumni untuk dijalankan.
Anugerah Kelab Terbaik Kurshiah
Anugerah ini diberi kepada kelab yang menunjukkan prestasi terbaik sepanjang sesi ini. Kelab mestilah telah menjalankan kegiatan- kegiatan yang memberikan impak positif kepada ahlinya dari segi pemikiran kreatif dan kritis, kemahiran komunikasi, kemahiran organisasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan pengurusan kewangan yang bijak. Kelab juga dinilai memberikan sumbangan kepada masyarakat serta menyumbang kepada kolej kediaman dan universiti. Hanya satu kelab akan terpilih untuk menerima anugerah ini. Kelab yang menerima anugerah ini mestilah telah diluluskan oleh Jawatan Kuasa Induk Kolej pada sesi ini.
Anugerah Sukan Kurshiah (Kumpulan: Lelaki & Perempuan)
Anugerah ini diberikan kepada kumpulan yang terlibat aktif dalam aktiviti sukan. Kumpulan ini mestilah sentiasa menggunakan kebolehan yang ada pada mereka untuk membantu membangunkan penghuni yang lain bagi menaikkan nama kolej kediaman dalam bidang sukan serta memperoleh kejayaan dalam acara sukan yang pernah disertai di peringkat kolej/universiti/kebangsaan/antarabangsa.
Anugerah Olahragawan Kurshiah (Individu: Lelaki)
Anugerah Olahragawati Kurshiah (Individu: Perempuan)
Penerima mestilah terlibat aktif dalam aktiviti sukan dan sentiasa menggunakan kebolehan yang ada dalam usaha membantu membangunkan penghuni lain untuk menaikkan nama kolej kediaman dalam bidang ini dan memperoleh kejayaan dalam acara sukan yang pernah disertai di peringkat kolej/universiti/kebangsaan/ antarabangsa.
Anugerah Aktivis Seni Kurshiah (Kumpulan)
Anugerah ini diberikan kepada kumpulan yang terlibat aktif dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan. Kumpulan ini mestilah sentiasa menggunakan kebolehan yang ada pada mereka untuk membantu membangunkan penghuni yang lain bagi menaikkan nama kolej kediaman dalam bidang kesenian dan kebudayaan serta memperoleh kejayaan dalam acara kesenian yang pernah disertai di peringkat kolej/universiti/kebangsaan/antarabangsa.
Anugerah Jasa Bakti Kurshiah
Diberikan kepada mereka yang telah banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan kolej kediaman dan menunjukkan pencapaian yang membanggakan kolej kediaman dan universiti. Penerima sedia berkhidmat terhadap kolej kediaman secara sukarela dalam setiap keadaan, mempunyai hubungan yang baik dengan warga kolej dan sentiasa bersedia membantu penghuni yang memerlukan bantuan.
Anugerah Unggul Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
Anugerah khas ini disampaikan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar di atas segala jasa, sumbangan dan pengorbanan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penghuni kolej kediaman dalam setiap kegiatan yang disertai. Penerima turut dinilai dari aspek kewibawaan, keterampilan dan penglibatan dalam memberi sumbangan terhadap pembangunan dan kesejahteraan penghuni kolej kediaman dan universiti. Penerima mestilah menunjukkan kebolehan memimpin dan dipimpin. Berdasarkan permohonan yang diterima, pihak pengurusan kolej akan mencadangkan beberapa nama dan dipilih sendiri oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri YAB. Perdana Menteri Malaysia yang merupakan alumna Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah. Hanya seorang sahaja akan menerima anugerah ini.
Anugerah khas ini telah disumbangkan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri YAB. Perdana Menteri Malaysia untuk tempoh 5 tahun (2016 - 2020).
Anugerah Tokoh Kurshiah
Penerima merupakan seorang yang bergiat aktif dalam menyokong dan menganjurkan aktiviti kolej, merupakan contoh kejayaan kepada penghuni yang lain dan mestilah terdiri dari kalangan pelajar yang terbaik dalam segala lapangan pada sesi akademik ini. Diberikan kepada penghuni yang menunjukkan kebolehan memimpin dan dipimpin serta memberikan sumbangan dalam proses pembangunan kolej kediaman dan Universiti Malaya. Hanya seorang sahaja yang akan menerima anugerah ini.
Anugerah Harapan Kurshiah
Anugerah ini diberikan kepada mereka yang telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang yang mereka minati, berpotensi mencapai kejayaan yang gemilang dan berkebolehan memimpin dan dipimpin. Penerima mestilah bergiat aktif dalam menyokong dan menganjurkan kegiatan-kegiatan di kolej kediaman dan universiti. Penerima anugerah ini merupakan pelajar tahun pertama sahaja.
Hadiah Aras Terbaik
Hadiah ini diberikan untuk menghargai penghuni pada satu-satu aras di kolej kediaman. Penilaian akan dibuat berdasarkan komitmen penghuni semasa aktivti Aras Terbuka yang diadakan semasa Karnival Monsthird yang berlangsung pada 10 - 12 Mac 2017 yang lalu. Kebersihan dan kecerian aras serta kesatuan dan keharmonian penghuni aras yang terdiri dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama menjadi aspek penilaian utama bagi hadiah ini.
Anugerah Khas Pengetua
Pemegang anugerah ini dipilih sendiri oleh Tuan Pengetua atas nasihat dari para Felo kolej kediaman. Anugerah ini diberikan kepada mereka yang mampu menjadi teladan kepada seluruh warga Kurshiah dalam pelbagai aspek dan lapangan. Seorang yang cemerlang dalam pelbagai aspek dan sentiasa menjadi tulang belakang membantu pihak pengurusan kolej kediaman dalam pembangunan pelajar.
Hadiah Staf Pilihan
Hadiah ini diberikan kepada staf yang efisyen yang dapat memudahkan segala urusan berkaitan dengan pelajar dengan cekap malah buah fikirannya juga dianggap amat penting kepada pelajar. Penerima hadiah ini akan dipilih sendiri oleh para pelajar menggunakan kaedah undian.
​
​
Anugerah Integrasi Kurshiah
​
Pihak kolej sentiasa berusaha memperbanyakkan kegiatan yang boleh melibatkan pelbagai kaum untuk dilaksanakan sejajar dengan kehendak gagasan 1 Malaysia yang mengutamakan keadilan sosialbuat semua kaum dan penduduk. Anugerah ini diberikan kepada individu atau kumpulan pelajar yang mempunyai daya usaha integrasi naisonal dan interaksi antara berbilang bangsa dengan cemerlang dalam mempereratkan persahabatan kaum demi perpaduan dan integrasi dalam menjalankan kegiatan-kegiatan dikolej.
