







MALAM ANUGERAH KURSHIAH 2015
Beberapa tahun sebelum ini AKK dikenali dengan nama Malam Anugerah Kurshiah (MAK) dan ianya dijenamakan oleh pihak pengurusan kepada Anugerah Kecemerlangan Kurshiah pada tahun ini. MAK pada tahun lalu dilangsungkan dengan tema 'Vintage Exclusive' yang berlangsung di Hotel Istana Kuala Lumpur pada 2 Mei 2015.
Maskot rasmi Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah baharu yang diberi nama Si Kurshiah telah dirasmikan oleh tetamu kehormat MAK; YBhg. Tan Sri Dato' Seri Utama Arshad Ayub, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya.
ANUGERAH KECEMERLANGAN KURSHIAH 2016
Kali pertama menggunakan nama "Anugerah Kecemerlangan kurshiah", Jawatankuasa pelaksana melaksanakan majlis dengan menampilkan tema Eternal Elegance yang berjaya menjadikan Anugerah Kecemerlangan Kurshiah sebagai sebuah majlis yang berprestij.
​
Anugerah Kecemerlangan Kurshiah juga meraikan individu-individu yang berjaya dan berbakti kepada kolej sepanjang sesi 2015/2016 dan pada Anugerah Kecemerlangan kali ini, Anugerah Unggul Datin Paduka Seri Rosmah Mansor juga diperkenalkan buat julung kalinya..
