Dalam usaha membangunkan para pelajar menjadi seorang yang holistik dan bersedia dengan masa hadapan mereka, pelbagai program dan aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan di peringkat Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah. Pengurusan kolej kediaman mempercayai dengan penglibatan aktif para pelajar dalam program dan aktiviti di luar kuliah, ianya akan membantu dalam meningkatkan kemahiran insaniah setiap pelajar.
Anugerah Kecemerlangan Kurshiah (AKK) diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk memberikan penganugerahan kepada para pelajar yang telah menunjukan pencapaian dalam melaksanakan program dan aktiviti selain mereka yang banyak berbakti dan berjasa kepada Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah sepanjang sesi pengajian.
Selain itu, AKK yang diadakan penuh berprestij ini juga merupakan sebagai persediaan dan pendedahan kepada para pelajar dalam melibatkan diri untuk menghadiri majlis yang berprestij. AKK pada tahun ini diadakan buat kali ke-54 sejak kolej kediaman ini mula beroperasi.
Menyampaikan anugerah/penghargaan kepada penghuni Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah yang telah berbakti dan menunjukkan peningkatan diri sepanjang sesi pengajian.
Memupuk daya saing yang sihat di kalangan para pelajar secara yang positif untuk menjadi lebih kompetitif, proaktif serta holistik.
Mendedahkan para pelajar untuk lebih berketerampilan dan bijak menguruskan penampilan diri dalam program sosial yang berprestij.
.
Membina hubungan baik di antara para pelajar dengan alumni Universiti Malaya khususnya warga Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah .
Melatih para pelajar menguruskan sesebuah majlis secara terancang dan bersistematik.


